Sunday, November 11, 2007

hujan yang turun...

Sepuluh tahun dulu, aku masih ingat…

Mata dan hidung ini pedih dicucuk bau dan asap. Pasar Budaya seakan mati.

Berdekatan, di Jln. Tun HS Lee (pulau), kumpulan kecil melaungkan slogan-slogan keadilan dan pembaharuan. Tong sampah dibakar 1-2 pemuda tanda protes (mungkin agent provocateur). Secara tiba- tiba hati ini bergelegak.

Di bawah lindungan stesen LRT Masjid Jamek, kelompok besar, tuda dan muda, begitu hidup melontarkan harapan dan doa. Moga selamat si Dia. Moga selamat Negara.

Jijiknya sabotaj licik mereka yang takut akan kebenaran. Kereta penjaja najis diterjang. Yang terpedaya, teruja bersorak gembira dan join sama.

Betapa gerunnya ngaum ‘anjing-anjing’, memalu shield dengan baton, menghalau berani fizikal dan semangat kami.

Tiba-tiba keadan kecoh, huru-hara dan kacau bilau. ‘Anjing-anjing’ mula mencari mangsa. Kami lari selamatkan diri. Masjid Jamek menjadi kubu.

Tidak puas melapah, ‘air gatal’ mula dipancutkan. Kami bertahan. Tanah suci ini menjadi medan pertempuran batu, herdik dan maki. Atas arahan pihak masjid, pancutan dihentikan. Mereka yang cedera dirawat. Mereka yang miang dimandikan.

Kemudian, secara perlahan, hasil perbincangan, penguasa mula beralah. Pagar dibuka dan kami beredar dalam renung tajam dan bengis geram mereka yang buta dan tuli dalam melaksanakan tugas. #aku paham mereka ikut arahan, tapi takkan takda otak kot. Yang korang pukul tu bukannya orang jahat, bukannya penyamun#

Laung dan nyanyi mula sayup dan tidur. Esok masih ada, Insya’llah perjuangan harus diteruskan…

“A riot is the language of the unheard.”

“Darkness cannot drive out darkness; only light can do that. Hate cannot drive out hate; only love can do that.”

+Martin Luther King, Jr.+

“Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan”

+Dato’ Usman Awang, Tongkat Warrant+

*salute for the braves who join the 1998 Reformasi Movement and 10-11-2007 Bersih March

Clips from youtube,

  • FRU v Bersih @ Masjid Jamek - Thaksan


  • Butterfingers - Royal Jelly (Tribute to 1998 Reformasi Movement) - Malayneum


bonafide & ikhlas
kota melbourne
0316 pagi isnin

1 comment:

Anonymous said...

"People should not be afraid of their governments. Governments should be afraid of their people."

-V-

-Badr
Melbourne 121107