Showing posts with label luah hati. Show all posts
Showing posts with label luah hati. Show all posts

Wednesday, June 16, 2010

Kumpulan Sajak2 Gua (yg x berapa nak best)

buat rujukan masa depan...

karya 1:
Jerit Hati Di Dermaga.

teman,
hati ini selalu tenggelam
lemas dalam renung mata

mana satu jerung
mana satu pelampung...

teman,
hati ini selalu hilang
sesat dalam hutan bicara

samar cahaya di hujung sana
apa itu kelip-kelip
atau api pelita...

aku ingin jerit pada semua
takut dulu telah lari
bimbang hati telah mati
disergah ikhlas dan jujurmu!

dengan pelampung di tangan kanan
dan pelita di tangan kiri
aku ingin jerit pada semua
biar satu dunia tahu
aku cenderawasih yang bangkit dari abu!

pagi 2 okt 2003
menara.

karya 2:
LIMA

5 saat:
...cemburunya waktu

5 minit:
tak lega dahaga mata!

5 jam:
tak kenyang lapar bicara!

5 hari:
tak letih nafsu ingin temu!

5 bulan:
Kau tongkat semangatku...dan
Aku api beranimu!

5 tahun:
Aku mohon kuat-Mu
Aku mohon sabar-Mu

agar tenang gigil jari ini
menyelak
halaman qadar kami...

20 nov 2009
kem sg besi

achtung! buat mereka yg x berkenaan dan berniat songsang, tlgla jgn plagiat, x LMla beb...selamat!

Saturday, July 26, 2008

16 September Dateline or Deadline

For someone yang memandang dari jauh, hidup dalam negara yang bukan ‘bonda’nya, it is hard actually to experience and analyze, apatah lagi cuba untuk memperkata dan memperincikan the current scenario and situation of his beloved country, in this case, Malaysia.


Setahun sudah aku hidup di bumi orang. Di sinilah tempat aku lepak, tempat aku beradu, tempat aku hidup, tempat aku sakit, tempat aku buang air (num1 & num 2), tempat aku ‘mengemis’ ilmu, tempat aku jatuh dan bangun. Di sinilah juga tempat my lovely wife and daughter gelak dan menangis, tempat kami belajar makna berdikari, susah & senang.


Aku bukan cuba untuk mengatakan yang aku menyesal, jauh sekali! Malah sebaliknya, I’m so thankful. Tidak pada KPT or my Uni for sponsoring me as I believe it is within their responsibility to provide the necessary assistance, or to RMIT for giving me the place and guidance, as I believe it is within their own benefit and best interest but my syukur is to Him, Maha Besar. Kerana dia and only due to Him, I’m here. Kun Faya Kun.


Even though this posting bunyinya semacam satu luahan, tapi sebetulnya ia lebih merupakan satu statement closely related to one question that has been bothering me all this while.


Apakah mungkin PR akan membentuk kerajaan this coming 16th September? And apakah mungkin Anwar akan jadi PM?


If the answer is yes, then the next question that should follows is how? Isu lompat melompat pada aku is something that should not be an issue, because itu memang one of the rules in being a politician. Why must you be in a party yang tidak lagi menarik minat dan selari dengan your own principle and interest? Daripada you jadi besi karat, baik you lompat. Sebetulnya, one of the reasons your constituents elected you should be based on yourself and your traits, not your party. So lompat melompat tu pada aku hukumya wajib, tak buat dosa and kalau buat dapat pahala.


The best scenario I believe is Pak Lah, as the current acting PM or maybe our beloved Agung, would declare an ad hoc re-election due to banyak ‘katak’ among the MPs, and yes this re-election would be the best possible time for PR to grab hold the government. The only thing aku takut is bila askar masuk campur, or maybe buat coup d’etat. Kacau!


If the answer is not possible, well then the next question would be apa yang buat Anwar begitu tinggi keyakinan, too ambitious in proclaiming this date to the public, not only to local Malaysian, malah even to the whole world? Apa ada dalam poket Anwar? Apa rahsianya? Adakah ini satu propaganda PR or maybe PKR to buat kacau, kasi BN gigil? Aku terpikir, takkan Anwar begitu taksub, begitu gila kuasa, sampai sanggup buat janji- janji kosong, saja kasi bikin gempak. Gila ke apa. Takkan dia pun nyanyuk macam Che Det.


Entahlah. To me politic, specific to Malaysia, is lebih kurang macam cerita soap opera ‘The Bold & The Beautiful’ or maybe macam wayang WWF. Orang ini cucuk orang itu cucuk orang ini. Sana tuduh sini hampeh. Sini tuduh sana kambing. Gajah sama gajah gaduh, semut gak yang sengsara. I do hope Malaysian would be wise enough to see right through this haze. Jangan because we are in different camp, different thinking, different view, makes us hate each other. Kita kena ingat, all this so call pemimpin, ‘perang’ dalam dewan and pentas ceramah je, tapi kat luar bolehlak makan minum semeja, gelak satu tone, hisap rokok satu pam. Macam aku cakap, politik is wayang.


Anyway, aku doakan agar no matter what, my beloved ‘bonda’ akan senantiasa harmoni dan sejahtera hendaknya…kurang- kurang I have something to look forward when I return back later.


Again, to those on the frontline… I salute you!




**PC Anwar pasal 16th September from MediaRakyat**


bona fide & ikhlas,

kota Melbourne

0200 pagi ahad

Monday, July 21, 2008

Kicau Burung yang Jauh ...

First & foremost,


Aku bukan orang UMNO!

Aku bukan orang PKR!

Aku bukan orang PAS!

Aku bukan orang DAP!

Aku bukan orang Parti Bebas!


I’m proud to declare I’m just an ordinary Malaysian and fortunate enough to be living in this interesting yet disturbing time of Malaysian history.


I’ve paid my taxes and I’ve cast my undi. However, during the last PRU, due to some bureaucratic bullshit, my rights have been denied. Alhamdullilah, calon yang aku nak pangkah menang gak…


Aku tak kenal Anwar and obviously I don’t know what is his sexual preferences.

Aku tak kenal Pak Lah and obviously I don’t know what his intention are.

Aku tak kenal Najib and obviously I don’t know how close is he with Altantuya.

Aku tak kenal KJ and obviously I don’t know how rich is he.


Namun,

During Anwar’s reign on Ministry of Finance, one can see and feel the Islamic values everyday – as stated by my mom. During his time as DPM, it was the only time Malaysian started to heard and appreciated the beauty and richness of Bahasa Melayu with words such as canggih, mapan and jumud. #This is also the time the ‘sasterawan’ inside of me begin to appears#


Pak Lah nampak sakit and tua – as witnessed by my sis in one of his ‘kenduri’.


Najib lemah & kaki perempuan – as per what I’ve read in ‘Skandal Najib’.


KJ nampak intelligent and well spoken – as stated by my mom during one of her meeting with him.


Debat Anwar vs Shabery


Aku tak nak discuss panjang lebar pasal who is the winner, as this point has been highlighted by numerous blogs. Yang aku nak sentuh is aku tak puas hati.


  • Apsal Shabery? Kalau betul government serius nak perjelaskan issue minyak to rakyat, orang yang paling layak should be at least Shahril Samad. Malah, I believe he would at the same par as Anwar. Or maybe Che Det, itupun kalau Pak Lah or Najib dapat pujuk.
  • Duration of debate. Awat sekejap sangat. Anwar sempat sentuh 2 je step to get extra money. Shabery lak, hmmm….kalau aku jadi dia, the thing that I would touch would be what are the steps taken or going to be taken by the government to minimize the effect of the oil price. Pak Lak should have given some points to Shabery. Hyrofuel tu patut Shabery announce masa debat, baru syok kita dengar. Ni tak, story panjang lebar bukak buku sejarah, sentuh Tun Razak, sentuh how Anwar was before….something yang I think tak relevan lansung dengan the debate’s topic.
  • Tukang tanya. Malas nak cakap… jenuh blog kutuk mamat VC UUM tu. Make me ponder, macammana dia dapat Tan Sri…Zulkifli Sulong tu oraitla gak, tapi nak lagi gempak, Anwar should invite economic professional or academician such as KS Jomo or Ungku Aziz. Baru substance ada credibility.
  • Media siaran. Astro customer is too limited. That show, kalau RTM and TV3 pandai, diorang should tayang live. Baru rating naik melonjak. Asyik tayang cerita leleh je, Hang Setia je buat apa. Entahla.


Alhamdullilah aku dapat gak layan live thru Internet. Thanks IP Global TV…


To end, I just wanna say I can’t wait to see what’s going to happen after 16th September. No matter what, I pray that my dear beloved ‘bonda’ sentiasa dalam aman & sejahtera.


To those who are on the frontline…I salute you!


“So called facts are fraud
They want us to allege and pledge
And bow down to their God
Lost the culture, the culture lost
Spun our minds and through time
Ignorance has taken over

------

Holes in our spirit causin' tears and fears
One-sided stories for years and years and years
I'm inferior? Who's inferior?
Yeah, we need to check the interior
Of the system that cares about only one culture
And that is why
We gotta take the power back”

- Take The Power Back, Rage Against The Machine, Self-Titled, 1992





Live Show dated 29-03-1992. Thanks maniac111!

bonafide & ikhlas,
kota melbourne
0106 pagi selasa


Sunday, November 11, 2007

hujan yang turun...

Sepuluh tahun dulu, aku masih ingat…

Mata dan hidung ini pedih dicucuk bau dan asap. Pasar Budaya seakan mati.

Berdekatan, di Jln. Tun HS Lee (pulau), kumpulan kecil melaungkan slogan-slogan keadilan dan pembaharuan. Tong sampah dibakar 1-2 pemuda tanda protes (mungkin agent provocateur). Secara tiba- tiba hati ini bergelegak.

Di bawah lindungan stesen LRT Masjid Jamek, kelompok besar, tuda dan muda, begitu hidup melontarkan harapan dan doa. Moga selamat si Dia. Moga selamat Negara.

Jijiknya sabotaj licik mereka yang takut akan kebenaran. Kereta penjaja najis diterjang. Yang terpedaya, teruja bersorak gembira dan join sama.

Betapa gerunnya ngaum ‘anjing-anjing’, memalu shield dengan baton, menghalau berani fizikal dan semangat kami.

Tiba-tiba keadan kecoh, huru-hara dan kacau bilau. ‘Anjing-anjing’ mula mencari mangsa. Kami lari selamatkan diri. Masjid Jamek menjadi kubu.

Tidak puas melapah, ‘air gatal’ mula dipancutkan. Kami bertahan. Tanah suci ini menjadi medan pertempuran batu, herdik dan maki. Atas arahan pihak masjid, pancutan dihentikan. Mereka yang cedera dirawat. Mereka yang miang dimandikan.

Kemudian, secara perlahan, hasil perbincangan, penguasa mula beralah. Pagar dibuka dan kami beredar dalam renung tajam dan bengis geram mereka yang buta dan tuli dalam melaksanakan tugas. #aku paham mereka ikut arahan, tapi takkan takda otak kot. Yang korang pukul tu bukannya orang jahat, bukannya penyamun#

Laung dan nyanyi mula sayup dan tidur. Esok masih ada, Insya’llah perjuangan harus diteruskan…

“A riot is the language of the unheard.”

“Darkness cannot drive out darkness; only light can do that. Hate cannot drive out hate; only love can do that.”

+Martin Luther King, Jr.+

“Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan”

+Dato’ Usman Awang, Tongkat Warrant+

*salute for the braves who join the 1998 Reformasi Movement and 10-11-2007 Bersih March

Clips from youtube,

  • FRU v Bersih @ Masjid Jamek - Thaksan


  • Butterfingers - Royal Jelly (Tribute to 1998 Reformasi Movement) - Malayneum


bonafide & ikhlas
kota melbourne
0316 pagi isnin

Thursday, November 8, 2007

Missing

What I miss about my hometown… (mostly authentic m’sian foods)

  1. Daging merah+telur mata+sup ekor #501, pandan jaya#
  2. Low Yatt #since the Great Lanun Raid, it’s been hard to get a decent dvd9… ihik ihik ihik, sympathy to Ling#
  3. Shopping spree at the twin towers of commerce, Sg. Wang & Lot 10
  4. Nasi Lemak Antarabangsa #sambal kakak klasikla#
  5. Nasi Lemak CT Roses aka ganja aka tetek #cheap yet captivating, paling kurang telan mesti 5#
  6. Ayam Kampung Hassan #tangkap beb sambal belacan lu#
  7. Ikan Bakar belakang MPL/ Boustead
  8. Driving along Jalan Cochrane #the lining of the trees, the humble bows of the leaves, such great inspiration to writers-to-be#
  9. ERA 103.3 #lawak siut K&K#
  10. KL way of driving #hello hello hello, kopi ke milo#
  11. Popcorn Sweet Caramel TGV
  12. Yong Tau Foo Maluri night market
  13. Bihun Udang Little Penang Café+Chendol
  14. Bundel bundel bundel #aku mat bundel!#
  15. Unlimited download, but the connection is a bit slow
  16. Coffee Bean Ultimate Ice Blended #here the blend taste different#
  17. Kudap- kudap kedai runcit #asam+cekedis+sotong… terliur jap#
  18. BB Hainan Chicken Rice, in front of BCB
  19. Drinking white coffee at the corner of BB Plaza
  20. Buying post dated 2-3 months magazine #if lucky, there’s a few old copies of overseas STUFF, FHM & ZOO lying there somewhere#
  21. Reading at Kino or Borders
  22. Madam Kwan Fried Rice
  23. Secret Recipe Cheese Cake
  24. Lepak- lepak at Dome, corner of Lot10 or corner of KLCC #sweet memories#
  25. Sunday breakfast menu, Nasi Lemak Amir Ehsan Maluri
  26. Char Kuey Teow Kg. Pandan or Suzie
  27. Burger King
  28. LM #teman sejati…#

…just some things that remind me of ‘kampung’. =;)

bonafide & ikhlas
kota melbourne
7.30 sore khamis

Tuesday, November 6, 2007

SATU

kadang
punggok kecewa
bulan sepi
tepuk rindunya tiada gema

kadang
malam sengsara
siang hilang
ghairah sejuknya tiada haba

tapi
sayang zulaikha bukan tiada makna
cinta rabiah bukan tiada erti

akan datang hari
akan muncul waktu
bisik jadi pekik
kocak jadi ombak

...dua jadi satu!


kota melbourne,
pagi ahad
tanggal 4 nov 07.

* for my wife, thanks for the love and patience...

Janji dan Doa

Aku risik ilmu
dan dalam pulau tualang
engkau malu.

Sayang, rusuk ini
gigitnya
ghairah bisik isteri
sebak tangis bayi...

Sayang, tangan ini
kuat menumbuk langit,
tersentak darah dan urat
hidup hati dan kudrat!

Yang Agung,
tidak aku terjah siang dan malam-Mu
kecuali
buat aku gali siapa diri...

Yang Kasih,
tidak aku basah dan kering
kecuali
buat aku cari manis ihsan-Mu...

kota melbourne,
jumaat
tanggal 5 Okt 2007